The Dandelions

.. the mutual admiration and bashing society.

Pak Lah tiada telur & demokrasi ala UMNO

Posted by barbie on September 26, 2008

Pemilihan Umno ditangguh hingga Mac
Sep 26, 08 12:11pm

Majlis Tertinggi Umno memutuskan hari ini untuk menangguhkan perhimpunan agung serta pemilihan parti dari Disember kepada Mac tahun depan.

Ini bertujuan untuk memastikan proses peralihan kuasa berjalan secara lancar. Pemilihan pucuk pimpinan Umno sebelum ini dijadualkan pada 16 hingga 21 Disember depan.

Bagaimanapun, mesyuarat perwakilan Umno bahagian akan diteruskan seperti yang dijadualkan mulai 9 Oktober hingga 9 November depan.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga berkata, belum memutuskan sama ada akan mempertahankan jawatan presiden.

Bagaimanapun, katanya, beliau akan membuat keputusan mengenainya sebelum mesyuarat bahagian bermula bulan depan.

Abdullah memberitahu demikian dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tergempar MT selama sejam di ibupejabat Umno pagi tadi.

Sebelum itu, Abdullah mengadakan pertemuan empat mata selama setengah jam dengan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum mesyuarat MT bermula kira-kira jam 11 pagi tadi.

Pak Lah tiada telur untuk bertanding pada pemilihan UMNO yang sebelum ini dijadualkan pada bulan Disember.

Demokrasi UMNO memang lucu. Ketika Mahathir menjadi presiden parti, beliau tidak membenarkan pertandingan untuk jawatan-jawatan penting dalam parti, kononnya untuk menjaga kestabilan dan memastikan perpaduan parti akan kekal kukuh. Kemudian untuk pemilihan jawatan seperti Presiden UMNO, calon memerlukan sokongan sekurang-kurangnya 30%, satu sistem kuota yang amat diagung-agungkan oleh parti zaman dinasour ini.

Tidak perlu kita sentuh mengenai rasuah politik di dalam UMNO yang berleluasa, kerana Badan Pencegah Rasuah (BPR) juga tiada kuasa atau tidak berminat untuk mengambil tindakan. Seperti biasa, pemimpin-pemimpin UMNO akan cepat membuat kenyataan bahawa politik wang di dalam UMNO adalah masalah parti dan biarlah ia diselesaikan mengikut peraturan parti. Kita harus akur, UMNO itu lebih tinggi sedikit tarafnya di sisi undang-undang, jadi kesalahan mana-mana ahli parti UMNO biarpun ia juga salah di sisi undang-undang negara, tidak perlu diambil tindakan penguatkuasaan dan dikenakan hukuman. Cukup dengan tindakan displin oleh parti. Penggantungan keahlian sudah memadai, kerana ia merupakan hukuman yang amat dahsyat dan berat.

Pak Lah takut hendak bertanding? Apakah belum cukup masa untuk beliau melobi undi sekiranya hendak bertanding mempertahankan jawatan presiden UMNO pada Disember ini yang menyebabkan beliau membuat keputusan menunda pemilihan parti ke bulan Mac? Bagaimanakah dengan penangguhan Pemilihan UMNO ini, proses peralihan kuasa akan berjalan lancar? Mengapa tidak buat peralihan kuasa secepat mungkin? Ada perkara yang belum dilaksanakan? Manifesto dan janji-janji yang belum ditunaikan?

Sudahlah Pak Lah. Tidak perlu berdolak dalih lagi. Masa sudah diberi, janji ditabur mulut berbuih-buih tetapi selain daripada kata-kata manis di bibir, perlaksanaannya jauh sekali. Acap kali jawapan yang sama diberi “Kita akan.. bla bla bla…”, “Kita sedang… bla bla..”, “Satu jawatankuasa khas akan….bla bla bla”. Mengapa Pak Lah begitu liat untuk mengundurkan diri sedangkan beliau merupakan pemimpin nombor satu UMNO yang paling tidak menyerlah sejak wujudnya UMNO? Di bawah Pak Lah, hutang negara bertambah, inflasi meningkat, malah yang paling tinggi sejak 27 tahun, BN hilang majoriti 2/3 kerusi di parlimen, 5 negeri jatuh ke tangan pembangkang yang hanya tahu membuat bising, berbohong dan berdemonstrasi di jalan raya, kadar jenayah meningkat, ISA tetap digunakan dan banyak lagi rekod ‘kejayaan’ Pak Lah.

Jika betul dan ikhlas hendak membuat peralihan kuasa, lakukan segera. Jika tidak, biar perwakilan UMNO menilai sendiri dan membuat keputusan untuk mengekalkan beliau sebagai Presiden atau tidak dalam pemilihan UMNO, secepat mungkin.

Ada telur, Pak Lah? (UMNO Seputeh tolong jangan buat laporan polis terhadap saya. Pak Lah pemimpin yang disanjung tinggi, mengaitkan telur dengan beliau menunjukkan bahawa saya amat menghormati telur. Hidup Telur!)

3 Responses to “Pak Lah tiada telur & demokrasi ala UMNO”

  1. Raktamrittika said

    Salam.

    Barbie said:
    “Ada telur, Pak Lah? (UMNO Seputeh tolong jangan buat laporan polis terhadap saya. Pak Lah pemimpin yang disanjung tinggi, mengaitkan telur dengan beliau menunjukkan bahawa saya amat menghormati telur. Hidup Telur!)”

    Raktam said:
    “BAPAK BOREK ANAK RINTIK.. HABIS JAHANAM SEMUA SISTEM DEMOKRASI DALAM UMNO. SEMUA DAH JADI PENGECUT. SAMPAIKAN WANITA PUN TAK ADA TELOQ JUGA (MONOPAUSE, MEMANG TAK ADA TELUR). APA KEJADAHNYA DIBUAT PENCALONAN DAN PEMILIHAN KALAU AWAL2 DAH TAKUT NAK BERTANDING? ALASAN TAKUT PERPECAHAN DALAM PARTI ADALAH SEMATA2 DAKYAH BENGAP DARI PEMIMPIN YANG GILA KUASA DAN TIDAK BERJIWA “MERDEKA””

    Saya juga hormat pada TELUR!

    SAFE THE TELUR.. SAFE THE GENERATION TO BE!!

  2. Madame said

    ……HUH???!!!!😉

  3. Zubli Zainordin said

    I have always thought so. Understanging Ku Li, Pak Lah now known to have Pisang…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: