The Dandelions

.. the mutual admiration and bashing society.

Politik Wang Umno – Telenovela Tiada Berpenghujung

Posted by barbie on November 14, 2008

Setiap kali tiba pilihanraya parti Umno, satu isu tidak akan basi dibangkitkan adalah isu politik wang. Saban kali jugalah pemimpin-pemimpin Umno akan sibuk ‘menasihatkan’ perwakilan dan mereka yang bertanding supaya menjauhi politik wang.

Saya merujuk kepada artikel Malaysiakini:

Calon tawar wang telah dikenalpasti di mana Pengerusi Lembaga Displin Umno Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata bahawa pihaknya pihaknya sedang dalam proses menganalisis dan penyiasat secara serius dan terperinci, untuk mengumpulkan segala bahan bukti dan saksi bagi tujuan mengambil tindakan tegas terhadap mereka tanpa mengira sesiapapun.

“Jika sekiranya mereka yang terlibat ini akhirnya didapati bersalah, mereka akan hilang hak untuk bertanding atau sekiranya menang, kemenangan mereka boleh dibatalkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
   
Beliau seterusnya berkata:
 
“Dengan adanya ramai pemantau yang kami wujudkan sekarang di seluruh negara, pihak kami telahpun mengenal pasti calon-calon yang menyalahgunakan kuasa dan mengamalkan rasuah politik wang yang begitu hebat dan keterlaluan,” katanya.

Kita sering mendengar ulasan sebegini setiap kali pemilihan parti Umno diadakan, akan tetapi sehingga kini gejala politik wang masih berlaku di dalam Umno, malah situasi kini semakin parah dan ini diakui sendiri oleh Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail. Ini dikuatkan lagi dengan dakwaan Ku Li bahawa beliau kalah kerana politik wang.

Saya petik dari laporan yang sama:

 “..beliau berkata kebelakangan ini, khususnya di peringkat pencalonan timbalan presiden dan naib presiden, pihaknya mendapati calon-calon yang menawarkan diri telah menggunakan ramai pengurus, perayu dan pelobi untuk mendapatkan pencalonan.”

Siapakah mereka yang menawarkan diri bertanding untuk timbalan presiden dan naib presiden? Sudah terang lagi bersuluh, kita boleh agak individu-individu yang mungkin terlibat dalam gejala politik wang ini. Apa lagi yang ditunggu oleh Lembaga Displin Umno sekiranya calon-calon yang menawarkan wang telahpun dikenalpasti?

 Apakah ini cuma satu ‘fata morgana’ meminjam kata Presiden Umno Abdullah Ahmad Badawi ketika menggambarkan janji peralihan kuasa 16 September 16 Anwar Ibrahim yang kini tinggal fantasi? Tidakkah Umno serik menabur janji yang tidak ditunaikan?  Rakyat umumnya, sudah muak dengan drama bersiri Umno memperkatakan isu politik wang yang tidak ada penghujungnya. Sejak zaman Tun Datuk Mahathir sehingga sekarang, politik wang bagaikan darah daging Umno dan tidak boleh dipisahkan setiap kali ada pertandingan jawatan dalam Umno.

Malah, dalam soal ini, seolah-olah ada layanan istimewa kepada ahli-ahli Umno, di mana suatu ketika dahulu seorang pemimpin Umno lantang menyatakan politik wang itu adalah urusan atau masalah dalaman parti dan Badan Pencegah Rasuah tidak perlu campur tangan dalam soal ini. Pemimpin yang sama juga menjilat ludahnya sendiri dengan kenyataan terbaru beliau bahawa Badan Pencegah Rasuah boleh bertindak menjalankan siasatan atas inisiatif sendiri sekira wujud politik wang dalam pemilihan parti Umno. Apakah Badan Pencegah Rasuah pengecut, kerana sehingga kini tiada apa tindakan diambil selain daripada menanam tebu di bibir dan memberikan peringatan kosong?

Kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Lembaga Displin Umno itu sendiri sudah cukup untuk Badan Pencegah Rasuah bertindak seiring dengan tugas yang dipertanggungjawab – mencegah rasuah. Kita masih menunggu apakah tindakan seterusnya yang akan dilakukan oleh Lembaga Displin Umno dan Badan Pencegah Rasuah. Peringatan tegas sahaja tidak cukup untuk mengekang politik wang.

Sudah lama tertangguh masa untuk Umno dan Badan Pencegah Rasuah serius mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat dalam politik wang. Beranikah Umno? Mengapa Badan Pencegah Rasuah masih tidur lagi? Atau kita akan disajikan dengan episod yang sama pada pemilihan parti akan datang? Jalan cerita yang dan pelakon-pelakon yang sama, masa yang berlainan, sungguh jelik lagi memuakkan, ibarat siaran Astro yang sering berulang.

2 Responses to “Politik Wang Umno – Telenovela Tiada Berpenghujung”

  1. wickwax said

    Fata morgana. Very beautiful word. Didn’t know there’s another name to replace mirage and logamaya. Money comes in handy nowadays. If it weren’t for all these, we wouldn’t be left so far behind compared to other countries.

    Biarlah. Bukannya kita akan melihat penghujung kepada siri ini yang telah berlarutan selama beberapa dekad ini.

    Beats the Taiwanese drama hands down.

  2. Money politics(party or national) is tentamount to white ants destroying a building. It is very subtle and deadly. By the time it becomes obvious it has destroyed the structure.

    Money politics spells the end of that party.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: