The Dandelions

.. the mutual admiration and bashing society.

Dari Jelapang ke Jelutong: Suatu Kisah Penentangan

Posted by barbie on February 11, 2009

(This is the Bahasa Malaysia version for the previous post by Oscar – From Jelapang to Jelutong: A Tale of Defiance)

Nampak gayanya saya sudah semakin tua. Sudah banyak kali, saya mendapati diri saya terkapai-kapai, lemas dalam cubaan untuk merungkaikan kemelut politik Malaysia. Barangkali politik Malaysia itu sendiri yang semakin celaru untuk difahami, bukan kerana dangkalnya akal fikiran saya.

Kita ambil contoh, kes Karpal Singh. Beliau hendak menyaman Sultan Perak. Ramai yang tidak gembira dengan keputusan beliau ingin berbuat demikian. Banyak laporan polis telah dibuat di beberapa tempat, semuanya atas tuduhan bahawa Karpal Singh derhaka, kurang ajar, biadap; malah ada yang menyifatkan beliau sebagai pembelot kerana kerana menyanggah keputusan Sultan.

Bahagian ini yang saya tidak faham. Mengapa Karpal tidak boleh menyaman Sultan Perak? Itu adalah hak beliau untuk berbuat demikian. Sudah tentu, segelintir daripada kita mungkin berpendapat beliau tidak patut berbuat demikian, kerana adalah adat untuk seorang rakyat biasa menunjukkan taat setia dan patuh kepada raja yang berdaulat.

Tetapi pada zaman sekarang, dengan pembaharuan undang undang yang berdaya maju, hak seorang warganegara untuk membawa pemimpin ke mahkamah keadilan adalah suatu nilai kebebasan yang paling asas yang wujud di semua badan kehakiman di dunia. Sekiranya Karpal tidak mempunyai kes yang kukuh, saman beliau akan ditolak oleh mahkamah, yang mana beliau akan menanggung kos perbelanjaan mahkamah. Di dalam apa jua keadaan, badan kehakiman yang akan dipertanggunjawab untuk menegakkan keadilan.

Ini membawa saya kepada satu lagi kemusykilan. Mengapa ada segelintir rakyat yang marah kepada Karpal Singh kerana ingin menyaman Sultan? Saya rasa ini sesuatu yang amat lucu. Karpal Singh telah berkecimpung dalam bidang saman-menyaman Sultan, sejak sekian lama.

Pada tahun 1986, beliau menfailkan saman sivil ke atas Sultan Johor, Tunku Mahmood Iskandar yang pada masa itu merupakan Yang di-Pertuan Agong. Saman sivil itu difailkan bagi pihak Daeng Baha Ismail untuk meminta ganti rugi/pampasan serang (Daeng Baha Ismail telah dibawa ke Istana Johor dalam keadaan bergari oleh pegawai polis dan ditumbuk serta dipukul berkali-kali oleh Sultan di hadapan kerabat diraja yang lain). Karpal kalah dalam kes tersebut, dan desas desus menyatakan Sultan kemudianya menggunakan nama Karpal sebagai nama salah seekor anjing baginda. (“A Malaysian Who Dared Sue a King” Far Eastern Economic Review, 20 May, 1993).

Pada tahun 1995, Karpal menfailkan saman ke atas Yang di-Pertuan Agong pada pada itu, Tuanku Jaafar Rahman, Sultan Negeri Sembilan. Aduan dibuat bahawa Tuanku Jaafar telah menipu seorang ahli perniagaan dalam urusniaga tanah di Port Dickson. Karpal juga menyatakan hasrat untuk menfailkan pertuduhan pecah amanah dan telah membuat laporan polis ke atas Tuanku Jaafar. Tuanku Jaafar kemudiannya dilaporkan menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah dengan sejumlah besar bayaran.

Pada tahun 1996, Karpal mewakili Faridah Begun bte Abdullah untuk menyaman Sultan Pahang di Mahkamah Khas, akan tetapi kes tersebut tidak berjaya atas sebab-sebab teknikal.

Jadi, mengapa baru sekarang ramai orang berkecil hati dan tersinggung dengan perbuatan Karpal Singh? Saya merasakan bahawa perkara ini memang sengaja dipolitikkan.

Dan saya tidak sekali setuju dengan semua laporan polis yang telah dibuat atas tuduhan biadap dan menghina kedaulatan institusi raja-raja Melayu. Adalah jelas bahawa, rakyat Malaysia secara amnya mudah lupa.

Pada tahun 1983, kerajaan Barisan Nasional telah mengambil tindakan meminda Perlembagaan supaya kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk menolak rang undang-undang yang dilulus oleh Parlimen dibatalkan, oleh sekaligus menjadikan baginda sebagai ‘rubber stamp’.

Pada tahun 1993, sekali lagi kerajaan Barisan Nasional melupuskan immuniti raja-raja dan Yang di-Pertuan Agong dengan pindaan ke atas Rang Undang-Undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 dan ini membolehkan baginda dan raja-raja lain disaman atas perbuatan mereka.

Dengan izin, bukankah pindaan-pindaan rang undang-undang perlembagaan ini memberi kesan serta akibat yang lebih dahsyat dan teruk kepada Sultan-Sultan khususnya institusi raja-raja itu berbanding apa yang dilakukan oleh Karpal sekarang? Tiada siapa yang mengadu atau membabi-buta membuat laporan polis ketika itu, sedangkan kuasa institusi beraja telah dilucutkan dan dipijak sewenang-wenangnya oleh BN dan UMNO pada masa itu. Tiada siapa yang berani mengadakan tunjuk perasaan, siap dengan kain rentang, sepanduk; juga kain ikat berwarna kuning.

Sekarang, seorang rakyat hendak menyaman Sultan dan tiba-tiba ia menimbulkan kekecohan. Pemuda Umno, yang sememangnya lebih gaya dari rupa, seperti dijangkakan telah menawarkan khidmat untuk mempertahankan kedaulatan institusi raja-raja Melayu; institusi yang telah diperkosa oleh parti ibundanya – UMNO beberapa dekad yang lalu.

Khabarkan pada saya sekali lagi, mengapa saya tidak memahami politik Malaysia.

2 Responses to “Dari Jelapang ke Jelutong: Suatu Kisah Penentangan”

  1. […] Su on From Jelapang to Jelutong: A T…barbie on Hamidah Osman, The Indian and …Dari Jelapang ke Jel… on From Jelapang to Jelutong: A T…james on The Prostitute of Jelapan…Revenge on […]

  2. dengan semangat melayu boleh orang melayu akan maju

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: